'DENDAM SAMPAI PADAM LAMPU GAMBAR MAHATHIR?'



KUALA LUMPUR - Gambar barisan Perdana Menteri di bangunan Putra World Trade Center yang tidak menyalakan lampu di gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, di waktu malam, mencetuskan persoalan orang ramai di media sosial.

Gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook popular, Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad itu menimbulkan banyak persoalan netizen yang rata-ratanya menganggap tindakan itu adalah balasan UMNO terhadap kelantangan Tun Dr Mahathir yang menyerang Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Umum tahu bekas Perdana Menteri itu bukan saja-saja mahu 'menyerang' kepimpinan Dato' Seri Najib Razak, tetapi menegur cara pentadbiran yang tidak betul.

Namun tindakan itu dikatakan dibalas dengan pelbagai bentuk termasuklah tidak menyalakan lampu pada gambar Tun Dr Mahathir. 

Menurut netizen, tiada gunanya tindakan parti itu memadamkan lampu gambar Tun Dr Mahathir, namun ingatan rakyat terhadap jasa perjuangan Tun Dr Mahathir tetap tidak akan terpadam.

Bagaimanapun ada yang bersangka baik, berkemungkinan mentol pada lampu gambar bekas perdana menteri itu rosak dan lupa ditukarkan. 

Jika benar ada tangan yang sengaja memadamkan lampu berkenaan, tindakan itu hanya akan menyemarakan lagi sokongan rakyat terhadap Tun Dr Mahathir dalam mendesak Dato' Seri Najib Tun Razak berdepan dengan segala persoalan rakyat.

Setelah beberapa jam gambar itu tersebar, pihak pengurusan PWTC dikatakan telah menafikan dakwaan itu dan memberikan alasan 'connector' terputus. - THEHYPEMEDIA.COM


Category Article

What's on Your Mind...