KFC NAFI HIDANG TIKUS GORENG



11 Jun lalu, seorang lelaki memuat naik gambar dan video mendakwa Kentucky Fried Chicken (KFC) California menghidangkan tikus goreng dalam hidangan yang dipesan olehnya.

Devorise Dixon, mendakwa KFC menghidangkan tikus goreng kepadanya dan memuatnaik gambar serta video di laman Facebook sehingga dikongsi seluruh netizen seluruh dunia. 

Ekoran itu, laman-laman Facebook rasmi KFC California dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh pelanggannya mengenai perkara tersebut.

KFC California bagaimanapun menafi menghidangkan tikus goreng kepada lelaki berkenaan.

"Sehingga kini masih tiada sebarang bukti berkenaan dengan dakwaan itu. Kami juga telah bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan terhadap produk yang didakwa sebagai tikus goreng, di atas perbelanjaan kami sendiri. 

"Namun, Dixon (pelanggan) enggan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kami," kata jurucakap KFC kepada laman USA Today.

Berikutan keengganan Dixon itu, segala dakwaan KFC California menghidangkan tikus goreng itu tidak berlaku dan Dixon didakwa sengaja mengada-adakan cerita untuk mencemarkan KFC. -


Category Article

What's on Your Mind...