BUDAYA BALIK KAMPUNG TIDAK HARUS DINILAI DENGAN WANG RINGGIT



PERLIS - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan, saranan agar tidak pulang ke kampung bagi menjimatkan perbelanjaan minyak, tol dan lain-lain gagal menilai aspek kekeluargaan dalam kehidupan. Selain itu, Syed Aziz Abdul Al Qubra juga gagal memahami nilai keinsanan dalam kehidupan.

Ini kerana katanya, aktiviti balik kampung bila tibanya musim perayaan merupakan satu nilai kekeluargaan dan tidak seharusnya dinilai dengan wang ringgit.

"Balik kampung bukan satu gaya hidup bagi rakyat di negera ini tetapi ia adalah hubungan kekeluargaan khususnya di antara anak dan ibu bapa.

"Apabila kita melihat kesemua perkara dari sudut wang, maka saranan-saranan tidak wajar seperti itu muncul. Apa ertinya wang ringgit tanpa hubungan insani ataupun keluarga?," katanya melalui laman Facebook. 

Menurut Dr Asri lagi, tidak wajar memberikan cadangan seperti itu untuk menangani masalah kenaikan tol dan minyak tetapi terpaksa mengorbankan hubungan kekeluargaan.

"Apakah dalam usaha membela 'kenaikan harga minyak dan tol' disebabkan cara urus ekonomi yang kurang berjaya di peringkat atasan, kita terpaksa mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam hidup kita?

"Apakah kita sanggup mendengar kisah ibu bapa kesedihan anak-anak tidak pulang berhari raya di kampung atas alasan tol mahal?" katanya. - THEHYPEMEDIA.COM


Category Article

What's on Your Mind...