'KECEWA DENGAN PERKHIDMATAN HOSPITAL SULTAN ISMAIL'



Seorang individu meluahkan rasa kecewa dan geramnya terhadap perkhidmatan Hospital Sultan Ismail. 

Menurut individu berkenaan, orang ramai yang datang ke hospital itu terpaksa menunggu lama giliran untuk bertemu dengan doktor.


"Memang sakit hati menunggu. Dari jam 11 pagi sampai jam 2 petang, masih belum dipanggil lagi.Tak pernah nak cepat, doktor dan pembantu perubatan di situ pun sombong-sombong, buat muka, berlagak. Memang kecewa dengan perkhidmatan Hospital Sultan Ismail," katanya.

Bagaimanapun, tampil seorang wanita yang bekerja di hospital kerajaan menjawab dakwaan individu berkenaan.

SORRY YA!

Harap ini tak mengumpat orang yang post ini sebab tak kenal dia siapa. Okay, meh akak yang kerja hospital kerajaan ini nak jawab.

Faham, memang perkhidmatan di hospital kerajaan ini belum optimum dan bukan saya nak menangkan kerajaan. Tetapi ini yang saya tahu sepanjang 9 tahun bekerja di hospital kerajaan.

1. Unit Kecemasan di hospital kerajaan itu adalah untuk kes-kes kecemasan sahaja. Dalam bahasa inggerisnya disebut Accident & Emergency. 

Jadi, demam dan gatal-gatal kulit itu bukanlah kes-kes dalam kategori kecemasan. Sila pergi mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan pada waktu pejabat atau klinik panel. Fever Centre pula dibuka sehingga 11 malam di kebanyakan unit kecemasan. Jadi datanglah sebelum tutup. 

2. Memang akan lebih ramai doktor di Zon Merah dan Zon Kuning berbanding Zon Hijau sebab Zon Merah adalah untuk pesakit kritikal antara hidup dan mati. 

Sebagai contoh, kemalangan jalan raya yang serius, patah tulang, pendarahan dalam otak, kecederaan dalaman, sakit jantung, cedera dipukul dan sebagainya.

Agak-agaknya saudara mara kita sakit jantung, rela ke seorang doktor saja yang rawat manakala doktor-doktor yang lain sibuk memberikan rawatan kepada pesakit yang mengalami kulit-kulit gatal atau demam di Zon Hijau?

3. Tak ke mana kayanya kerajaan dengan RM1 yang dibayar dan pesakit balik rumah semula sebab tunggu terlalu lama. Selama ini yang dapat berjumpa dengan doktor dengan RM1 buat vital sign, check darah, buat X-Ray, jumpat doktor, dapat ubat itu, ingat kos RM1 ke?

4. Kalau rasa mampu nak ada medical card dan nak pergi ke hospital swasta, pucuk dicita ulam mendatang bagi kami. Walaupun kami dikutuk macam mana pun, andai keadaan anda semakin teruk dan hospital swasta tidak mampu merawat atau perlukan bantuan, contohnya back up ICU atau alat bantuan pernafasan, kami tetap terima bila hospital swasta trasnfer kamu semula ke hospital kerajaan.

Kesimpulannya, tiada manusia yang sempurna. Sistem manusia tiada yang sempurna. Untuk pengetahuan anda, doktor adalah manusia, jururawat adalah manusia, pembantu perubatan juga adalah manusia dan kami bekerja dibawah sistem yang tidak sempurna yang dicipta oleh manusia.

Belajar untuk melihat dari sudut positif bagi setiap perkara yang berlaku dan bersyukurlah. -Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


Category Article

What's on Your Mind...