PENJAWAT AWAM DIWAJIBKAN POTONG GAJI BAYAR PTPTN



PUTRAJAYA - Berkuatkuasa September depan, semua penjawat awam yang mempunyai hutang Pinjaman Tabung Perbadanan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membuat bayaran balik menerusi potongan gaji.

Surat arahan pemotongan gaji itu akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha setiap kementerian pada Jumaat ini, menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

"Hari ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah menyerahkan surat arahan kepada 480 peminjam PTPTN dibawah jabatan ini supaya membuat bayaran balik melalui pemotongan gaji mulai September ini.

"PTPTN tidak akan menetapkan jumlah bayaran bulanan, tetapi ia boleh dibuat mengikut kemampuan masing-masing, yang penting mereka membuat bayaran setiap bulan," katanya. -THEHYPEMEDIA.COM


Category Article

What's on Your Mind...