Surat Terbuka Daripada Amin Yatim, Minta TMJ Belajar Adab Susila Bangsa Melayu

Perang mulut antara Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz sudah pun berlarutan lebih seminggu.

Malah dalam beberapa hari ini juga Tunku Idris menulis tentang perjanjian dengan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa Johor keluar dari Malaysia sekiranya beberapa syarat dilanggari.

Kini tersebar pula surat terbuka daripada seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai Amin Yatim dengan membuat beberapa teguran, antaranya penggunaan istilah ‘Bangsa Johor’ dan mempersoal kritikan TMJ terhadap ketidakhadiran Perdana Menteri ke Program ‘Nothing2Hide’.

Surat Terbuka Daripada Amin Yatim, Minta TMJ Belajar Adab Susila Bangsa Melayu


Malah menyentuh ‘serangan’ TMJ kepada Nazri juga, Amin menyifatkan ia sebagai tidak wajar apatah lagi menteri itu hanya cuba ‘menyelamatkan’ maruah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas dikritik.


Jika tempoh hari TMJ mengunakan ayat ‘menteri bukan tuhan dari syurga’, Amin menerusi surat terbukanya juga menggunakan ayat ‘Tuanku pun bukanlah nabi yang maksum’ terhadap pelbagai kritikan dan teguran.

Bukan itu sahaja, barangkali sikap lantang TMJ menegur menteri secara terbuka, Tuanku juga diminta oleh individu berkenaan untuk kembali semula kepada adab dan susila bangsa Melayu.

“Benar sekali Menteri bukan tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Demikian juga 

Tuanku pun bukanlah nabi yang maksum.

“Jika Tuanku tidak mahu dihina janganlah menghina rakyat biasa. Perdana Menteri hanya rakyat biasa yang tentu sukar menjawab balik sindiran dan hinaan Tuanku.

“Tuanku sebagai waris Kesultanan Melayu Johor belajarlah adab susila bangsa Melayu. Jangan rendahkan darjat Tuanku dan Institusi Kesultanan dengan kenyataan-kenyataan di luar sempadan aura kesultanan,” demikian memetik sebahagian surat tersebut.

Bagaimanapun dikhabarkan, surat terbuka daripada Amin Yatim ini mendapat respon negatif daripada sebahagian rakyat yang sememangnya mahu mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi di sebalik kontroversi 1MDB.



Sumber : SK


Category Article

What's on Your Mind...