TOWING & BENGKEL JUJUR AREA SLIM RIVER - SG BULOH



Jom viralkan abang towing ini. Harga murah dan berpatutan.

KISAHNYA

Kereta saya breakdown di kawasan Behrang. Ramai orang (longkai) berhenti nak tolong tetapi saya tak berani nak terima. Selepas kereta ditunda PLUS Towing sampai ke Lembah Beringin, saya terpaksa cari khidmat kereta tunda yang laik ke bengkel.

Terima kasih abang-abang PLUS yang tolong pada malam itu. Tolong cover lama juga di situ sementara tunggu PLUS Towing. 


Google punya Google, jumpa nombor telefon Abang Anas 012-2888985/0173654447. Abang Anas tunda dari Lembah Beringin ke Bukit Beruntung dengan harga RM60 sahaja.

Itu tak penting, yang penting Abang Anas tunda ke bengkel yang amat berpatutan. Nama pomen, Pojie 0196405976. 

Crank Shaft kereta Proton Waja saya patah berpunca dari duit syilling 10 sen terselit di celah sensor itu.


Selepas dibaiki, jumlah keseluruhan adalah RM220 sahaja. Sebelum itu ada pomen yang menawarkan harga RM500, RM600, sekali dengan perkhidmatan towing.

Dan semasa nak bayar, dia tak ada duit 'pecah'. Saya kira-kira duit kecil cuma cukup untuk RM215 sahaja. Dia pun terus kata 'kira halal jelah RM5,"

Sungguh saya terharu dengan pomen ini.

Nak tukar sensor ini kena buka semua belt. Kalau pomen yang tak jujur, dia akan tukar semua belt yang ada. Tetapi dengan pomen Pojie, dia kata belt masih cantik dan tak perlu tukar.

Jadi, kalau kereta breakdown di kawasan Tanjung Malim, Behrang, Lembah Beringin, Bukit Tagar, Rawang, Bukit Beruntung, senang cerita dari Slim River sehingga ke Sungai Buloh, jangan tunggu lagi. Hubungi Abang Anas di talian 012-2888985/0173654447. Perkhidmatan tunda kereta 24 jam.

Semoga perkongsian ini dapat membayar balik RM5.00 yang dia halalkan tadi. Musim raya orang nak balik kampung ini, simpan je nombor Towing tu. Tak rugi space contact dalam handphone pun.

Abang towing yang lain bukan tak elok, abang towing yang lain pun baik juga. Cuma rezeki saya terjumpa towing yang ini. Rezeki masing-masing. Kipidap abang-abang towing semua. Banyak lagi towing yang jujur macam ini juga. Sama-sama membantu kami yang sedang dalam kesusahan.

Abang towing bantu kami, kami bantu anda. - MODIKERETA AUTOPARTS


Category Article

One Response to “lelakigenius.blogspot.com”

  • Nor says:

    Salam tuan tanah.tumpang iklan..
    Towing services 24hrs area shah alam@klang@sg buloh@rawang@bkt beruntung@tg malim sila hubungi en jamil 019-6311168 @ 017-3597959.harga boleh runding..terima kasih

What's on Your Mind...