Bapa Rela Anak Gadis Mati Lemas Daripada Tubuhnya Disentuh 2 Lelaki Cuba Menyelamat



Dubai: Seorang ayah dilaporkan rela membiarkan anaknya mati lemas daripada diselamatkan dua anggota penyelamat membantu mangsa semata-mata tidak mahu lelaki asing menyentuh gadis itu.

Penolong Pengarah Jabatan Mencari dan Menyelamat Dubai, Leftenan Kolonel Ahmed Burqibah berkata, kejadian itu berlaku di sebuah pantai di Dubai.

“Memang kejadian ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Kami semua terkejut dengan pendirian lelaki itu.

“Keluarga terbabit datang ke pantai untuk berkelah dan anak-anaknya sedang mandi apabila tiba-tiba gadis berkenaan lemas.

“Dua anggota penyelamat yang berada di situ bergegas mahu membantu, tetapi dihalang si ayah yang berkata maruah anaknya akan tercemar jika disentuh dua lelaki yang tidak dikenali itu.

“Malah lelaki itu yang berbadan tegap dan kuat turut bertindak ganas menarik mereka malah menumbuk anggota berkenaan. Katanya dia rela anaknya mati daripada tercemar disentuh lelaki tak dikenali,” katanya.

Katanya, akibatnya mangsa mati lemas.

“Pada hal dia berpeluang hidup kerana dua anggota berkenaan begitu hampir dengannya,” katanya.

Menurutnya, ayah gadis berkenaan ditahan dan didakwa kerana menghalang anggota berkenaan daripada bertugas. – Agensi

Sumber: HarianMetro


Category Article

What's on Your Mind...