Kasih Ibu Berkekalan Walaupun Berbeza Agama



Aidilfitri sudah tiba ke penghujungnya dan dalam kegembiraan kita menyambut suasana Aidilfitri, rakyat Malaysia menggunakan peluang menyambut Aidilfitri untuk mengukuhkan lagi ikatan persahabatan, keharmonian antara kaum dan agama atas semangat 1Malaysia.

Di samping itu, Hari Kemerdekaan juga akan bakal menjelang tidak lama lagi. Perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perkara ini telah dizahirkan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Ihsan Sivam Abdullah melalui status yang dimuat naik di halaman Facebooknya baru-baru ini.

Ihsan yang merupakan seorang Mualaf telah memeluk agama islam. Beliau memuatnaik gambar suasana kemeriahan Aidilfitri yang turut disambut dengan ibunya juga. Isteri dan dua orang anaknya nampak segak dan cantik di samping bonda tersayang yang memakai pakaian tradisional kaum India, iaitu Sari.

Melaui status yang dimuatnaik, tidak dinafikan ada kesulitan yang dihadapi oleh Ihsan setelah memeluk agama islam tetapi benarlah kata orang kasih ibu itu sepanjang hayat. Walaupun ibunya berlainan agama, ibunya tetap menyokong dan menghormati keputusannya yang ingin memeluk agama islam.

Status yang dimuatnaik oleh beliau turut juga dikongsikan di halaman Facebook “Friends of Bn” yang ketika ini telah mendapat sebanyak lebih dari 30 ribu “Like” dan 530 perkongsian dari pengguna Facebook yang lain.

Selain itu, Ihsan juga berterima kasih kepada pengguna laman sosial Facebook yang rata-ratanya memberikan komen yang amat positif dan turut memberikan sokongan kepada beliau dan keluarganya selepas kisah keluarga mereka dikongsikan.

Tiada ibu yang ingin melihat anaknya menderita, setiap ibu pastinya mahukan kebahagiaan dan yang terbaik untuk anak mereka. Semoga keluarga ini dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.

Sumber dari The Rakyat Post dan Facebook Ihsan Sivam Abdullah


Category Article

What's on Your Mind...