Inilah Senarai Pemimpin Paling Lama Memerintah Dalam Sejarah

1. Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand : 64 tahun



Raja Bhumibol Adulyadej adalah Raja Thailand.

Beliau dilahirkan di Amerika Syarikat pada 5 Disember 1927 dan kini usianya telah mencecah 88 tahun.

Merupakan pewaris keturunan Dinasti Chakri. Putra kepada Mahidol Adulyadej ini telah diberi pendidikan di Lausanne, Swizerland kerana sebahagian ahli keluarga mereka menetap di sana.

2. Queen Elizabeth II of the United Kingdom: 63 tahun


Elizabeth II merupakan Ratu United Kingdom dan menaungi 15 negara komanwel lain di sekitar eropah.

Untuk info, Elizabeth bukan sahaja menjadi Ratu kepada United Kingdom, malah beliau mewakili negara-negara komanwel yang lain seperti Kanada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Antigua dan Barbuda, Belize dan Saint Kitts dan Nevis.

Setiap negara jajahan United Kingdom akan diwakili oleh seorang Gabenor-Jenereal.

Sungguhpun begitu, Elizabeth hanya menaungi negara tersebut tetapi tidak ada bidang kuasa dalam hal politik.

Elizabeth lahir pada 21 April 1926 dan mula memerintah United Kingdom pada 6 Februari 1952.

3. Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah (Malaysia): 55 tahun (Kini Yang Dipertuan Agung Malaysia)


Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah diputerakan di Istana Anak Bukit, Alor Star Kedah pada 28 November 1927.

Baginda merupakan Sultan Kedah yang ke-27 dalam salasilah pemerintahan negeri Kedah.

Mula memerintah Kedah pada tahun 1958 dan menajdi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5.

Pada Disember 2011 baginda sekali lagi dilantik menjadi Yang Di -Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.

Untuk info, baginda merupakan pelajar lepasan Wadham College, Oxford dalam bidang Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.

4. Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei: 31 tahun (Perdana Menteri)



Nama penuh bagi Sultan Hassanal Bolkiah ialaah, KDYMMPSB Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Sir Muda Haji Omar 'Ali Saifuddien.

Unik bagi negara Brunei adalah Sultan bereperanan dalam kesemua aspek pemerintahan termasuk bukan sahaja sebagai pemerintah, tetapi berperanan sebagai perdana menteri bagi negara itu.

Baginda merupakan anak sulung kepada Sultan Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien III dan lahir pada 15 Julai 1946.

Selain berperanan sebagai perdana menteri negara Brunei, baginda turut memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dan juga Menteri Kewanangan.

Menurut laporan Forbes, baginda tersenarai sebagai pemerintah paling kaya di dunia yang memiliki aset lebih dari USD20 billion.

5. Qaboos Bin Said dari Oman: 45 tahun


Sayyed Qaboos bin Sa’id Al ‘Bu Sa’id mendapat kuasa pemerintahan setelah menggulingkan pemerintahan bapanya, Sa'id ibn Taimur pada tahun 1970.

Dilahirkan di Salalah, Oman pada 18 November 1940.

Pada awal pemerintahan, Sultan Qaboos mengamalkan pemerintahan berbentuk Monarki, tetapi tidak lama selepas itu, baginda mengubah negara Oman kepada sitem pemerintahan Demokrasi.

6. Muammar Gaddafi dari Libya: 42 tahun


Muammar Muhammad Abdul Salam Abu Minyar al-Gaddafi merupakan pemerintah dan pemimpin politik revolusi Libya.

Memegang jawatan sebagai Presiden Libya pada September 1969 sehingga tahun 2011

Muammar Gaddafi merupakan pengasas kepada parti Republik Sosialis Arab Libya dan salah seorang pemimpin Arab yang paling lama memerintah dalam sejarah.

Ghaddafi dilantik menajdi Presiden Libya setelah berjaya menggulingkan pemerintahan Raja Idris pada tahun 1969.

Malangnya pada tahun 2011, Gaddafi ditembak mati oleh pemberontak di kampung asalnya di Sirte, Libya.

7. Queen Margrethe II of Denmark: 43 tahun


Dilahirkan pada 16 April 1940 di Istana Amalienborg, Copenhagen

Beliau merupakan pemegang kuasa tertinggi pentadbiran Gereja Denmark dan merupakan Ketua Komander Angkatan Pertahanan Denmark.

Anak sulung kepada Raja Frederick IX ini mengambil alih tampuk pemerintahan Denmark setelah bapanya meninggal dunia pada tahun 1972.

Margrethe merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai raja Denmark.

8. King Carl XVI Gustaf 0f Sweden: 42 tahun


Lahir pada 30 April 1946 di Istana Diraja Haga di Solna, Stockholm.

Beliau mula menjadi pemerintah (Raja Sweden) pada 15 September 1973 dan merupakan anak kepada Raja Gustaf Adolf dan Permaisuri Sibylla Saxe Coburg.

9. King Juan Carlos I of Spain: 40 tahun


Juan Carlos I of Spain lahir pada 5 Januari 1938.

Mula dilantik sebagai pemerintah negara Sepanyol pada 1975 dan meletak jawatannya pada tahun 2014.

Juan Carlos merupakan cucu kepada Raja Alfonso XIII.

Juan Carlos merupakan salah satunya Raja dari eropah yang memerintah paling lama dalam sejarah.

10. Ali Abdullah Saleh, Presiden Yemen: 34 tahun


Lahir pada 21 March 1942, Ali Abdullah Saleh merupakan seorang politikus di Yemen.

Beliau merupakan presiden Yemen bermula tahun 1990 sehingga 2012.

Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai presiden Yemen Utara dari tahun 1978 sehinggalah Yemen Selatan membentuk sebuah negara pada tahun 1990.

11. José Eduardo dos Santos of Angola: 36 tahun


Jose Eduardo Dos Santos merupakan ahli politik Angola dan mula menjadi Presiden negara itu sejak tahun 1979.

Selain berkhidmat sebagai presiden, Dos Santos merupakan Ketua Angkatan Tentera Angola dan juga Presiden Gerakan Rakyat bagi Pembebasan Angola (MPLA).

MPLA merupakan parti yang memerintah Angola sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1975.

12. Robert Mugabe, Presiden Zimbabwe: 35 tahun 


Robert Mugabe lahir pada 21 Februari 1924 dan kini usianya mencecah 91 tahun merupakan Perdana Menteri Zimbabwe yang terlibat dalam karier politik paling lama sejak era 1960-an

Mugabe merupakan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin kumpulan pemberontak yang menentang pemerintahan minoriti kulit putih.

Mugabe dilantik sepenuhnya menjadi Perdana Menteri Zimbabwe pada tahun 1980.

13. Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa Bahrain: 45 tahun


Dilahirkan di Bahrain pada 24 November 1935 dan merupakan anak kedua kepada pemerintah Bahrain, Salman ibn Hamad Al Khalifa.

Beliau telah menjadi Perdana Menteri Bahrain dari tahun 1970 dan memegang jawatan tersebut hampir dua tahun sebelum negara itu mencapai kemerdekaan, 16 Disember 1971.


Merupakan salah seorang Perdana Menteri paling lama berkhidmat di dunia. -HarianBlogger.Com


Category Article

What's on Your Mind...