Jeragat Di Muka Kini Trend Solekan Terbaharu



JIKA dahulu jeragat atau bintik-bintik hitam di muka menjadikan wanita kelihatan hodoh namun sekarang tidak lagi.

Ini kerana solekan ala jeragat kini menjadi trend di kalangan wanita Barat malah ada produk kosmetik yang mengeluarkan stiker untuk melengkapkan penampilan seseorang wanita dengan jeragat.

Alat kosmetik yang dinamakan Freck Yourself itu didatangkan dalam 72 pelekat dan pengguna hanya perlu melekatkan ia di bahagian wajah yang diingini.

Jeragat tiruan itu boleh bertahan selama dua hari dengan sekali penggunaan.



Category Article

What's on Your Mind...