Martin Shkreli Dikecam Hebat Dunia Setelah Naikkan Harga Ubat Aids Dari USD$13.50 ke USD$750

Dunia perubatan di Amerika dihebohkan dengan individu bernama Martin Shkreli, 32 yang merupakan pengasas kepada syarikat Turing Pharmaceuticals. Syarikat miliknya baru sahaja membeli sebuah perusahaan yang menghasilkan ubat Daraprim sebanyak USD$55 juta (sekitar RM240 juta).



Daraprim memang sudah dikenali sejak sekian lama sebagai ubat untuk penderita Toxoplasma, jangkitan akibat parasit, ubat malaria dan kebanyakan ubat ini digunakan sebagai antibiotik untuk penderita pesakit AIDS.

Jumlah penderita pesakit AIDS bukannya sedikit apatahlagi mereka terpaksa bergantung dengan ubat ini bagi meneruskan kelangsungan hidup. Ramai penderita AIDS dan juga masyarakat amat bimbang dengan kenaikan harga ubat ini dan menentang sekeras-kerasnya tindakan Martin yang dianggap hanya ingin mengaut kentungan dengan cara yang cepat.

Sejak dari dulu lagi, ubat Daraprim ini dijual sebiji pada harga USD13.50 (sekitar RM59). Namun, setelah dibeli oleh jutawan muda ini harganya terus naik mendadak.

Masyarakat dan berbagai pihak tidak akan menyuarakan protes mereka jika pemilik baru ini menaikkan harga dengan sewajarnya. Tetapi, bila dinaikkan kepada harga USD750 (sekitar RM3300) untuk sebiji pil, tentu ianya tidak masuk akal kan? Malah kos produksi untuk setiap biji pil diketahui hanya berharga USD1 (sekitar RM4.30) sahaja.

Menurut Martin, banyak pesakit yang menggunakan ubat ini hanya dalam masa setahun. Harga baru ubat ini dianggap setara dengan kaedah rawatan lain yang terlalu mahal. Sebahagian keuntungan juga akan digunakan untuk membuat R&D bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti ubat ini.

Tidak hairanlah Netizen sekeras-kerasnya mengutuk perbuatan lelaki ini.




Sumber dari Mashable.com sajakongsi


Category Article

What's on Your Mind...