Tiru Aksi Dalam Filem The Walk, Wanita Meniti Tali Guna Kasut Tumit Tinggi

Mungkin terinspirasi dari filem "The Walk" - Faith Dickey 26 tahun dari Austin Texas, Amerika Syarikat mengejutkan orang ramai dengan berjaya meniti di atas tali dengan ketinggian 840 meter hanya dengan memakai kasut tumit tinggi.


Semua ini berjaya dilakukan olehnya dengan meniti halangan kawasan bukit di Pedra Da Gavea, Rio de Janeiro Brazil.

Dickey yang mengambil bahagian dalam satu festival yang dianjurkan di kawasan itu mengejutkan orang ramai dengan aksinya yang mendebarkan.

"Ia adalah pengalaman kali pertama saya disini, malah saya dapat menikmati pemandangan gunung ganang, melihat sekitar Rio De Janeiro yang begitu menakjubkan semasa saya meniti tali tersebut", ujar Dickie kepada DailyMail.



Dickie sengaja memilih kasut tumit tinggi berwarna pink sebagai untuk tarikan perhatian penonton yang melihat dan dia mengakui laluan tali tersebut sememangnya amat mencabar baginya.

Setiap aksi yang dilakukan oleh Dickie dirakam oleh jurugambar Reginaldo Gomes. Jurugambar tersebut mengakui Dickie melakukan sesuatu yang diluar jangkaan sambil dirinya tenang dan sentiasa tersenyum. -HarianBlogger.Com


Category Article

What's on Your Mind...