TIPS MELANCONG KE CAMERON HIGHLANDS


Tips ini saya perolehi daripada Puan Fadillah Nur dan saya tuliskan semula untuk rujukan saya. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaat untuk rakan-rakan yang membaca. Antara tipsnya adalah seperti berikut:


1. Seeloknya pergi pada waktu bukan musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa? 

Harga jualan produk berlipat kali ganda mahal dari harga asal.
Sukar mendapatkan tempat letak kereta.
Kebanyakan hotel penuh dan harganya juga lebih mahal.
Kurang privasi

2. Jika anda mahu membeli buah, sayur-sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S Corner. Ada papan tanda S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.

Anda juga boleh mendapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak lima pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain yang mungkin tiga pek berharga RM10. 

Teh uncang juga boleh didapati dengan harga RM5 sekotak. Jika membeli dalam jumlah yang banyak, harganya lebih murah jika anda pandai memujuk penjualnya mengurangkan harga. 

Puan Fadillah Nur pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan harga RM100 dan mendapat sekotak Strawberry White Coffee secara percuma. 

Sayur-sayuran segar dan gemuk di sini cuma dijual dengan harga RM10 untuk lapan pek yang anda boleh pilih. 

3. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan porsi yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di kawasan Tanah Rata berdekatan dengan Terminal Bas Cameron. Nama kedai Kak Yam yang tertera banner yang bersaiz besar dan mudah dilihat. 

4. Cari hotel di sekitar Tanah Rata berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta terlebih dahulu, kemudian jalan kaki untuk buat survey. Biasanya backpackers suka menginap di hotel seperti itu.

Jika datang bersama dengan anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik. - Raisul Fadhla Safiruddin.


Category Article

What's on Your Mind...