Home > penpatah > 6 Lokasi Berhantu Lebuhraya Malaysia
6 Lokasi Berhantu Lebuhraya Malaysia
Posted on Tuesday, July 5, 2016 by Unknown
Lebuhraya di Malaysia terkenal dengan pelbagai kisah misteri dan seram, terutamanya lebuhraya penghubung utara – selatan. Bagi yang sudah biasa melalui lebuhraya Plus ini, sudah pasti mempunyai pengalaman yang menyeramkan, dan berkongsi cerita tersebut kepada rakan atau saudara-mara, sehinggakan kadang-kadang ceritanya hanya sedikit, tetapi menjadi “boom!” apabila sudah sampai kepada pendengar ke-sepuluh. Biar apa pun kisahnya, yang kita tahu, memang ada golongan dan peminat yang suka mengetahui dan membaca kisah seram ini. Jadi, saya sediakan senarai lebuhraya berhantu paling popular di Malaysia untuk kamu semua, bertenang, dan bersandar pada kerusi kamu.
1. Lebuhraya PLUS, kawasan Pedas/Linggi – Simpang Ampat
Lebuhraya yang di katakan misteri ini adalah bermula dari persimpangan susur keluar Pedas/Linggi hingga ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka. Terdapat beberapa kes yang dilaporkan mangsa mengenai kejadian terserempak dengan makhluk halus atau lembaga yang melintas di lebuhraya ini, atau lelaki tua yang berbasikal, dan kebanyakkan kisahnya berlaku di sekitar waktu 1 – 4 pagi.
Antara kisah mangsa yang pernah mengalami pengalaman seram di lebuhraya ini adalah, seorang lelaki yang membuat perjalanan dari Melaka ke Bangi, dengan menaiki motosikal, beliau meredah malam melalui lebuhraya tersebut pada sekitar jam 2 pagi. Kira-kira di KM 230, terdapat sebuah kereta Iswara Sedan putih di hadapannya yang bergerak begitu perlahan. Dengan perasaan sedikit gementar, beliau memotong kenderaan di hadapannya dan terbau sesuatu yang begitu busuk. Ketika memotong Iswara putih itu, beliau sempat menjeling ke arah kereta tersebut dan apa yang dilihatnya, adalah sebuah kereta yang telah remuk teruk [total loss] bergerak tanpa pemandu.
2. Lebuhraya Butterworth – Kulim , KM 20.6
Apabila kerap berlaku kemalangan maut di tempat yang sama maka akan tersebar cerita seram dan misteri di lebuhraya di KM 20.6 ini yang menyediakan laluan ekspres Butterworth – Kulim. Adakah ianya adalah di sebabkan oleh kecuaian pemandu dan penunggang motosikal itu sendiri, atau pun sememangnya tempat itu berpuaka? Ramai saksi [mangsa kemalangan] tampil membuat laporan polis turut menyatakan mereka turut melihat samada makhluk berupa manusia separuh badan atau manusia tanpa kepala melintas di hadapan.
Menurut seorang pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad, kemalangan maut yang melibatkan motosikal adalah kerana kaki mereka atau motosikal mereka telah ditarik oleh makhluk halus separuh badan itu. Beliau turut menyatakan bahawa kawasan tersebut adalah merupakan hutan tebal sebelum di jadikan lebuhraya, maka tidak hairanlah ‘mereka’ ini mengganggu kerana tempat tinggal mereka telah diceroboh.
3. Lebuhraya Kuantan – Gambang
Kisah seram di lebuhraya ini adalah yang paling seram kerana selain daripada pengalaman mangsa, seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, yang berada di lokasi kemalangan berjaya merakam imej hantu secara tidak sengaja pada tahun 2011. Beliau mendakwa dan yakin ketika gambar diambil, tiada sesiapa yang berada di hadapannya, dan tempat mereka berdiri pula adalah kawasan semak serta berhampiran dengan hutan, selain keadaan yang gelap gelita. Apa yang lebih mengejutkannya adalah terdapat tiga entiti yang seakan sedang memandangnya, dua berpakaian merah dan seorang memakai blouse putih, tetapi wajah mereka yang sukar untuk dilihat di dalam gambar tersebut meyakinkannya lagi bahawa entiti tersebut bukanlah manusia.
4. Lebuhraya Gurun
Pada 13 Mei 2009, seorang guru bahasa Arab, Mohd Fitri Mohamad dan keluarga, telah mengalami satu pengalaman seram ketika dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highland dan Kuala Lumpur. Beliau yang bersama isterinya berasa hairan apabila anak saudaranya yang berumur 2 tahun, secara tiba-tiba menangis dan tidak mahu berhenti walaupun dipujuk isterinya, selepas memasuki kawasan Gurun di Lebuhraya Plus. Kereta yang dipandunya juga terasa amat berat seakan 10 orang di dalamnya.
Mereka berhenti di hentian R&R Gurun untuk berehat sekejap, dan sempat mengambil beberapa keping isterinya sebagai kenangan, tetapi terdapat seorang wanita misteri berbaju kebaya merah turut “menumpang” di dalam gambar tersebut. Entiti berkenaan dikatakan sering mengganggu pengguna lebuhraya di situ, dan terdapat saksi dan mangsa kemalangan melaporkan mereka terbabas kerana mengelak “wanita kebaya merah” yang melintas di lebuhraya tersebut.
5. Lebuhraya Karak
Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur ke bandar Karak, Pahang, merupakan antara lebuhraya yang popular dengan cerita menakutkan. Dibuka pada tahun 1977, lebuhraya ini sudah menyaksikan begitu banyak kemalangan maut, samada kerana kecuaian pemandu atau pun disebabkan diganggu dengan makhluk halus yang mengalih tumpuan pemanduan mereka.
Antara lebuhraya yang paling banyak versi hantunya, salah satu yang popular adalah kisah kereta Volkswagen berwarna kuning yang muncul secara tiba-tiba dihadapan kamu dengan pemanduan yang perlahan, dan apabila kamu memintas Volkswagen tersebut, kereta misteri itu akan berada dihadapan kamu kembali. Tidak percaya? Cubalah jika kamu bertemu dengan Volkswagen Kuning tersebut di lebuhraya Karak!
6. Lebuhraya PLUS kawasan Tangkak – Muar
Pada tahun 2012, sebuah persatuan bangsa Cina di daerah Tangkak/Muar telah mendapat kebenaran dari pihak berwajib untuk menutup laluan lebuhraya di kedua-dua arah bagi menjalankan satu ritual “membersihkan” kawasan tersebut dari gangguan mahklus halus dari terus mengganggu pengguna lebuhraya terbabit, dan beberapa wartawan dari syarikat penerbitan tempatan juga turut dijemput bagi melaporkan “peristiwa” berkenaan. Dengan kerjasama dari pihak Polis, mereka mula menutup laluan terbabit pada jam 11 malam, bersesuaian dengan masa untuk hantu bergerak secara aktif dan akan memudahkan “kerja-kerja” mereka. Ritual “pembersihan” itu turut melibatkan dua lagi bangsa pengamal perubatan, iaitu wakil dari Melayu dan India, masing-masing dikatakan mampu untuk berinteraksi dengan makhlus halus.
Menurut laporan seorang saksi yang turut berada di lokasi, segala perancangan mereka untuk menjadikan laluan tersebut “bebas” dari sebarang kekacauan jin dan hantu, tidak berjalan dengan sempurna, senang kata, tidak berjaya. Salah seorang anggota polis yang bertugas telah meninggal dunia, akibat dirasuk oleh makhluk halus terbabit, dan bomoh berbangsa Melayu yang membantu polis itu turut mati bersama. Sejurus kejadian tersebut, mereka semua memutuskan untuk beredar dari situ dengan secepat mungkin bagi mengelak dari kemungkinan perkara yang lebih buruk akan berlaku.
Category Article penpatah
Labels
- 10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit
- 10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan
- 10 Rahsia hidup indah
- 10 Sifat Calon Suami Yang Baik
- 10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami
- 10 Tips Melupakan Kekasih
- 14 Rahsia Miliki Mental Yang Baik
- 14 Signs of Your Soulmate
- 19 RAHSIA KEISTIMEWAAN WANITA
- 20 Sebab Laki Tak Kawin2
- 2020
- 3 Rahsia Lelaki yg Wanita Mesti Tau
- 404
- 44 Pantang Larang Bakal Pengantin
- 8 lokasi cari pasangan
- 8 Petanda Soulmate
- 9 Perkara Yg Tak Boleh Dibincang Ngan Lelaki
- 99 ways to LOVE
- aaron aziz
- Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup?
- Agama
- aktiviti
- Al
- Allah
- Alya Lyrics
- Anang Lyrics
- ANDA PERLU TAHU
- Angry Bird
- Anuar Zain Lyrics
- Apit Lyrics
- Aplikasi
- Aris Ariwatan Lyrics
- Arrow Lyrics
- artis
- AVA
- Ayat Tersirat Perempuan
- azam baru
- baby
- Bahaya bercouple
- Banned
- Bapa
- barat
- Beautiful Picture
- belajar
- BELAJAR KAWAL PERASAAN DARI LELAKI
- bengang
- berhad
- berkobar - kobar
- bermula
- best
- Best On Youtube
- best. retro
- Beza Cinta Sayang Minat Dan Suka
- binatang
- Birthday -Colour Nature
- biskut
- Black Metal
- blogger
- blogspot
- bola sepak
- bonus
- Books
- Broery Marantika Lyrics
- Bumi Suci: Makkah dan Madinah
- bunuh
- cabaran
- Cake Personality Test
- Calculation Keserasian Pasangan
- cantik
- Carefree Lyrics
- cepumas
- Cerita
- Cerpen
- churp - churp
- cinta
- cite
- comel
- contest
- cool
- coretan
- Cradle Of Filth Lyrics
- cuba
- cute
- Dadali Lyrics
- Daniel Bedingfield lyrics
- dara
- darah
- Data Lyrics
- death
- Difference Between Love n Marriage
- doa
- Doa-doa
- Duetku List Lyrics
- Duit
- duka
- Dunia
- E.Y.E Lyrics
- Education
- enjoy
- entah
- Ezad Lyrics
- FAKTA SEBENAR LELAKI
- Favourite Stuff
- Funny Picture
- GA
- Gadjet
- Game
- Games
- gathering
- gembira
- gila
- Gile
- giler
- Global Issue
- gurindam
- hadis
- Hadith
- Haida Lyrics
- Haniz Zalika
- Haniz Zalikha
- hantu
- happy
- Hati
- HATI SEORANG WANITA
- Headwind Lyrics
- Herman Tino Lyrics
- hiba
- Hidayah
- Hijrah
- How To Make A Woman Happy
- Ibu
- idea
- Ilusi
- Imaginasi
- Imam Al-Ghazali
- Imam Mahadi
- Imam Syafie r.a
- Indonesia
- info
- info ad-din
- info halal
- Info Kesihatan
- Infomasi
- Informasi
- Information
- insaf
- Islam
- isu semasa
- Jaclyn Victor Lyrics
- jalan
- jalan - jalan
- jalan2
- Jamal Abdillah Lyrics
- Jenaka
- jepun
- Jimmy Palikat Lyrics
- jiwang
- Jodoh
- Joe Flizzo Lyrics
- jue aziz
- Just For Fun
- kahwin
- kajian
- kakitangan kerajaan
- Kalkulator automatik kira hantaran
- Kalthsom Lyrics
- Kapilla Lyrics
- karut
- Kasih
- kawan
- kecantikan
- Kecantikan Seorang Wanita
- kecewa
- Kehancuran
- kejam
- keji
- kematian
- Kenali hati budi seorang lelaki
- Kenali Siapa Lelaki
- kenangan
- kereta
- kerja
- Kesedihan
- Kesihatan dan Kecergasan
- Kewangan
- khairul fahmi
- Khalifah Lyrics
- kira - kira
- kisah si rama-rama
- koleksi Tips - Tips
- Komet
- korea
- kreatif
- kreativiti
- Kristal Lyrics
- kronologi
- kucing
- lagu
- lain2
- langkah
- Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
- lara
- lawak
- LAWAK HAHAHA
- layan
- lefthanded
- lelak
- lelaki
- LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA
- lirik dan lagu
- lirik lagu
- lisa surihani
- List Lyrics
- lOve
- love song
- luahan+merepek
- Luaskan pandangan: Cameron Highland
- Luaskan pandangan: Padang
- Luaskan pandangan: Sarawak
- M Nasir Lyrics
- M.Nasir Lyrics
- makan
- Maklumat IT
- mantap
- marah
- Martial art :Silat
- matematik
- mati
- meeting
- Meggy Z Lyrics
- Melissa Lyrics
- MenaraLyrics
- Mengenal Kelemahan Lelaki (Oleh Dr.HM.Tuah )
- meraung
- Mitos Lelaki Terhadap Perempuan
- Monolog
- mood
- Motivasi
- Movies
- Music
- Muslimah
- News
- News Feed
- Nikmat
- Ning Lyrics
- Nora Danish
- novelis
- nuffnang
- ohsenyum
- ombak rindu
- ost lagu
- P. Ramlie Lyrics
- Pantun Perkahwinan
- penpatah
- PERBEZAAN OTAK LELAKI NGAN OTAK PEREMPUAN
- Percintaan
- perempuan
- perfume
- Perkataan Lazim Perempuan
- Perkongsian Ilmu
- Persoalan Jodoh
- Personal Test ujian dementia
- Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri
- Petua Mendapat Pasangan
- Petua untuk suami dan bakal suami
- pilu
- politik
- power word
- program
- Promotion
- Pujangga Malam
- Pulau Bayan
- Pulau Lentakang
- racun
- Ragnarok
- rahsia
- Rahsia Anak2
- Rahsia Bentuk Kuku
- Rahsia Bentuk Wajah
- Rahsia Bibir Wanita
- Rahsia Bntk Gigi
- Rahsia Bntk Hidung
- Rahsia Buah Kegemaran
- Rahsia Bulan Kelahiran Dr Fadhilah Kamsah
- Rahsia cara si dia makan
- Rahsia Cemerlang dalam Pergaulan
- Rahsia Cinta
- Rahsia Citarasa Pemilik Kereta
- Rahsia Dahi
- Rahsia di sebalik nombor rumah
- Rahsia di sebalik senyuman
- Rahsia Diri
- Rahsia Diri Melalui Darah
- Rahsia diri melalui percutian
- Rahsia Diri Mengikut Bentuk Gigi
- Rahsia disebalik Baju T
- Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan
- Rahsia Gaya Tidur
- Rahsia Gerakan Jari
- Rahsia Hadiah Dari Si Dia
- Rahsia Hari Wanita Dilahirkan
- Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan
- Rahsia Kedudukan Dalam Ahli Keluarga
- Rahsia Keserasian Pasangan
- Rahsia Kunci Hati
- Rahsia Lelaki
- Rahsia Lelaki dan Ragam
- Rahsia Mata Dan Pemikiran
- Rahsia Mata Wanita
- Rahsia mengenal Kegadisan
- Rahsia Mengenal Lelaki Dari Bulan Kelahiran Islam
- Rahsia mimpi
- Rahsia Minuman Kegemaran
- Rahsia Nama
- Rahsia Nombor Peribadi Anda
- Rahsia Perempuan
- Rahsia perempuan yg lelaki mesti baca
- Rahsia Perfume
- Rahsia Pergerakan Wanita
- RAHSIA PERSONALITI
- Rahsia Perwatakan Lelaki Melalui Gaya Seluar
- Rahsia Pikat Lelaki
- Rahsia Punggung
- Rahsia Rambut Lelaki
- Rahsia Sifat Lelaki
- Rahsia Sifat Wanita Menurut Primbon Jawa
- Rahsia Tabiat Wanita
- Rahsia Tahi Lalat
- Rahsia Tandatangan
- Rahsia Tapak Tangan
- Rahsia Tarikh Lahir
- Rahsia Tido+Bantal
- Rahsia Tulisan by Dr Fadhilah Kamsah
- Rahsia Wajah
- Rahsia WANITA
- Rahsia Wanita Api Tanah Angin dan Air
- Rahsia Wanita Berjalan
- Rahsia Wanita vs Lelaki
- Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher
- Rahsia Warna Dan Si Pemakai
- Rahsia Warna Kegemaran
- Rahsia Warna Kegemaran Lelaki
- Rahsia Warna Kegemaran Wanita
- Rahsia Warna Lipstik
- Rahsia Warna Untuk Kesihatan
- Rahsia Zodiak
- ramadhan
- Ramli Sarip Lyrics
- Rasu
- Rasulku
- Raya
- Renungan
- renungan bersama..
- review
- rindu
- Rohana Jalil Lyrics
- Rohayu Majid Lyrics
- Rokiah Wanda Lyrics
- Rossa Lyrics
- s
- sakit
- Salwa A.Rahman Lyrics
- samurai
- sayang
- sayu
- Scam Alert
- Search Lyrics
- Secret-Birtday Date Meanings
- sedap
- sedih
- Sejati Lyrics
- Seksa
- seksi
- selling
- sentap
- Senyum Jelah
- seram
- Share
- Shila Lyrics
- shoping
- Shower Test
- sibuk
- SIFAT LELAKI BERDASARKAN RAMBUTNYA.
- sila semak
- Siti Nurhaliza Lyrics
- soalan
- Software
- Solat
- Son Of Adam Lyrics
- strategik
- Sudirman Lyrics
- suka
- sukan
- sukaneka
- sukia
- Sungai Sugla
- Sungai Tarbala
- Sunnah
- suratkhabar
- syarikat
- syukur
- Tafsir Mimpi
- Tajul Muluk
- takde idea
- tamat
- Tanah Indra Rasia
- Tanda Lelaki Tiada Duit
- TANDA-TANDA BERBOHONG
- TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA
- Tanda-tanda Lelaki Yang Belum Bersedia Untuk Bernikah
- tanya
- Tazkirah
- teka teki
- Teknologi
- temuduga: calon jenazah
- teruna
- The Meaning of Your Name
- tidur
- TIME COUPLE VS DAH BREAK
- Times Squares
- Tips - Tips
- Tips Bertemu Bakal Mertua
- TIPS CINTA SUAMI ISTERI
- Tips Dalam Berpasangan
- Tips kesihatan
- Tips Pikat Lelaki
- Toki Lyrics
- Tribute
- Tributes Follower
- tuan puteri
- Tuhanku
- UFO
- Ujian Personaliti
- Ujian Psikologi
- Ujian Psikologi Mengenal Sahabat
- Ukays Lyrics
- ukhwah
- Video
- Wali Song
- wangi
- wanita
- What month were you born in?
- wordless wednesday
- Yuna Lyrics
- Zaiton Sameon Lyrics
- zila bakarin
- Zodiak dan Makanan Kegemaran