Kenali Hati Lelaki


  • ~Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  • ~Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  • ~Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  • ~Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  • ~Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  • ~Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  • ~Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  • ~Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  • ~Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  • ~Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  • ~Lelaki juga akan menangis.
  • ~Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  • ~Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  • ~Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  • ~Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  • ~Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  • ~Lelaki amat sayang ibu mereka.
  • ~Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  • ~Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  • ~Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  • ~Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  • ~Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  • ~Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.


  • ~Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  • ~Lelaki lebih banyak berfikir.
  • ~Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  • ~Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  • ~Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  • ~Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  • ~Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  • ~Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  • ~Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  • ~Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  • ~Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  • ~Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  • ~Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  • ~Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.


Category Article

What's on Your Mind...