Ohsenyum : Bunuh Jiran Sebab Tahi Anjing




Unker Chung Kim (76) didapati bersalah oleh mahkamah Texas khamis lalu atas kesalahan membunuh dua orang jiran beliau Febuari tahun lalu. Chung Kim dikatakan hilang sabar dengan perangai jiran beliau  Michelle Jackson (31)  dan Jamie Stafford (31) yang membiarkan anjing peliharaan mereka untuk membuang najis di balkoni.
 
Selepas itu pasangan ini dengan selamba menyapu tinjaan anjing mereka ke bawah dan mengotori balkoni milik Chung Kim. Michelle dan Jamie dikatakan melakukan tabiat kotor ini selama berbulan lamanya sehingga Chung Kim hilang sabar. 
Beliau mengaku hilang pertimbangan dan membunuh jiran beliau. Pakcik tua ini walaubagaimanapun mendakwa beliau tidak ingat langsung apa yang beliau lakukan pada hari tersebut. Mahkamah mendapati beliau bersalah tetapi masih belum menjatuhkan hukuman ke atas beliau. Hukuman paling berat yang boleh diterima beliau ialah penjara seumur hidup tanpa peluang untuk mendapatkan parol. –Dallas News


Category Article

What's on Your Mind...